GRATIS BELAJAR LIFE COACHING NLP

Kompilasi Bacaan Zikir dan Doa dalam Solat
By:"Mohd Asyadi Redzuan","Hafiz Nor Amli Halimi"
Published on 2018-02-04 by Mohd Asyadi Redzuan
Buku berjudul Kompilasi Bacaan Zikir dan Doa dalam Solat yang sederhana ini kami sampaikan sebagai sumbangan dalam pembangunan jiwa beserta dengan ilmu tambahan kepada pembacanya dalam memperbaiki dan menambah baik bacaan-bacaan dalam solat. Buku ini mengandungi kompilasi zikir dan doa yang mungkin jarang dipraktikkan oleh masyarakat kita dalam solat. Oleh itu, kami susunkan bacaan-bacaan zikir dan doa beserta terjemahan bagi memudahkan pembaca untuk memahami setiap kandungan dan maksud bacaan-bacaan yang dibaca. Buku ini mengandungi 8 bab yang bermula dengan Doa Iftitah/Istiftah’ hingga Doa sebelum memberi salam. Kemudian kami sertakan juga sumber bagi setiap ayat bacaan yang terdapat dalam buku ini. Diharapkan buku ini dapat menjadi keperluan rujukan minimal yang harus diketahui oleh seorang muslim dalam melaksanakan solat. Tentunya sebagai hamba yang dhaif, kami menyedari bahawa penyusunan buku ini masih jauh untuk mencapai tahap kesempurnaan dan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam buku ini, pihak kami sentiasa bersedia menerima kritikan dan saranan daripada para arif yang bijaksana demi penambahbaikan dan mengemaskini buku ini. Kepada Allah SWT kami mohon taufik dan hidayahNya. Amin.
This Book was ranked 7 by Google Books for keyword hadis.
Komentar
Posting Komentar